Monday, August 24, 2009

Wanita aktif pasti berjaya!

Majoriti Para wanita di Pekan Apin-Apin gemar berniaga secara kecil-kecilan Selain daripada itu mereka juga terlibat dengan program AIM dan USAHA MAJU sekali gus memberikan mereka semagat untuk berniaga dengan adanya sokongan dari pihak berkenaan.iaitu Amanah Ikthiar Malaysia dan Usaha Maju.



Aktiviti para wanita



Menjual Sayap Ayam panggang (resipi tersendiri

sosial dan ekonomi

Sosial dan ekonomi masyarakat di Kawasan Apin-Apin, lebih tertumpu kepada pertanian,padi humah,menoreh getah,berniaga secara kecil-kecilan



Pemandangan Padi yang sedang ditanam.

Tuesday, August 4, 2009

program maxis cyberkid









Dengan adanya program Maxis cyberkids di pekan Apin-Apin,sekaligus memenuhi masa lapang pelajar-pelajar sekolah kerana program ini dijalankan sempena cuti sekolah.Seterusnya dapat menimba ilmu dari segi penciptaan blog untuk para pelajar sekolah.

Thursday, July 23, 2009

turut serta Dato' John Angian


Aktiviti Para pelajar




Program maxis cyberkids di pekan apin-apin

SEJARAH PPIK PEKAN APIN-APIN

Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti (PPIK) merupakan salah satu projek di bawah pemberian perkhidmatan sejagat (USP) Fasa 5. Sebanyak 250 lokasi yang terpilih dibangunkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala di sabah sahaja terdapat 26 buah lokasi yang terpilih dan salah satunya adalah PPIK Pekan Apin-Apin KENINGAU yang terletak di kawasan pedalaman Sabah.
PPIK dibangunkan bagi meningkatkan Prasana Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) yang merangkumi komputer dan sambungan internet kepada komuniti luar bandar agar komuniti dapat mengunakan kemudahan internet jalur lebar yang disediakan seperti dapat berhubung dengan dunia luar, menimba ilmu, melaksanakan pelbagai urus niaga elektronik contohnya e- Goverment, e- Dagang serta pembelajaran menerusi e-Lerning dan sebagainya.
Tujuan utama PPIK dibangunkan adalah untuk merapatkan jurang digital dan minda yang wujud di kalangan komuniti luar bandar disamping dapat membentuk masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang ICT.Ia turut membantu komuniti dalam kehidupan seharian mereka.

Thursday, July 16, 2009

pelajar sekolah rendah




selepas mendengar penerangan dari Penyelia pelajar-pelajar sekolah rendah mempraktikkan untuk menlayari internet secara berkumpulan

Thursday, March 26, 2009

PPIK PEKAN APIN-APIN


Pembelajaran di PPIK Pekan Apin-Apin berjalan dengan lancar.Para pengunjung terdiri daripada kanak-kanak,remaja lepasan sekolah,pelajar sekolah menengah rendah,suri rumah,dan ramai lagi.











Tuesday, February 10, 2009

Aktiviti Harian

CSKC Pekan Apin-Apin Keningau menjalankan pembelajaran berteraskan jadual dan modul yang telah disediakan oleh penyelia CSKC dengan kerjasama,sokongan dan bimbingan dari pihak MAXIS BROADBAND dan WARISAN GLOBAL dan . Ini bertujuan agar semua pelatih iaitu komuniti yang terdiri daripada surirumah,remaja,warga emas bukan sahaja mengenali komputer tetapi memastikan agar mereka celik IT.Dengan itu Misi untuk Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu melahirkan MODAL INSAN yang celik dapat dicapai dengan jayanya.